Friday, September 18, 2009
Tuesday, September 15, 2009
Sunday, September 13, 2009
Thursday, September 10, 2009
Monday, September 7, 2009
Saturday, September 5, 2009
Friday, September 4, 2009
Thursday, September 3, 2009
Misi kawan aku or misi aku??
tgh nk pujuk someone yg agak special di hati dia
harap2 berjaya
aku pun xtau nk tolong camne
sbb mmg la aku pernh mengalami apa yang kawan aku lalui skang ni
tapi insan yang aku pujuk tu, xsame ngan insan yg kawan aku nk pujuk
Pujuk???
Merajuk???
susah la, aku pun sgt kuat merajuk
seronok kalau ade org pujuk
tapi DIA xnak pujuk aku
terpaksalah pujuk diri sendiri
harap sgt dia
dia leh pujuk aku suatu hari nnti
best sgt kan?
Wednesday, September 2, 2009
today
huhuhuh
keperempuanan terserlah
hanye yang tau akan memahaminye
ermmm
xwatpe pun kat umah
aku tdo je
kalau berjalan2, bkn mc namenye
sah2 org kate aku sengaja
padahal... aku xsihat(isk...isk...isk...)
whateverpun
aku tau
ade beberapa org cikgu yang gantikan aku arini
mesti diorg hangin
minta maaf ek
lain kali aku ganti kelas diorg plak
ala....... macam xbiasa plak
huhuhuhu
kita hidup kena tolong menolong....
tul tak???
besar pahala tolong org dlm bln puasa ni tau
lagi2 tolong org xsihat cam aku
Tuesday, September 1, 2009
Monday, August 31, 2009
Esok

Esok
bermula cerita baru
aku harap cerita suka bukan duka
sesungguhnya, aku suka pada gembira
juga menerima cerita duka
esok
mula bekerja...
menabur ilmu kepada anak bangsa
tidak akan aku alpa
kerana keberkatan hidupku ada di dalamnya..
esok..
walaupun dalam bulan puasa
alah bisa tegal biasa..
kalau tidak mapu menahan goda
jangan la dok berkumpul lama-lama
sbb makin byk cerita
makin kurus pahala puasa.....
huhuhuhu
esok
mula mengajar di sekolah tercinta
baru bertukar jadual yg tah ke berapa
tapi.. aku kenalah terima
sbb jawatan masih belum disah sepenuhnya
esok
aku harap permulaan yang baru dalam hidup ku..
permulaan yang bisa mengubah segala yg pernh berlaku
permulaan dengan azam baru
insyaAllah Allah akan membantu
hari ini...
aku meniti bahagia
indahnya cinta...
Terima Kasih ya Allah..
Friday, August 28, 2009
cerita cinta hakiki

Janganlah kerana cinta kita jadi buta
Tak nampak realiti dan fantasi
Berpijaklah dibumi nyata, dan ukurlah baju di badan sendiri
Jangan bersandar pada hati semata kerana hati yang kosong akan mati,
Sentiasa berbolak balik dan menyesatkan malah bisa menghayalkan.
Berbeza pula jika hati terisi, lurus dan telus.
Jangan pula ikut nafsu,pasti jadi lesu,
Hanya nafsu yang jahat membuat kita jadi jahat.
Berbeza pula jika berpandu pada akal yang jadi penasihatm hati akan jadi baik,tulus dan ikhlas.
Namun akal saja tidak mencukupi jika tidak di tadbir dengan keimanan.
Ibarat pemandu penunjuk jalan arah hidup.
Gabungan akal dan iman akan menjadikan hati baik,bersih dan sedia menerima cinta.
Ramai yang ada HATI tapi MATI.
Ramai yang ada akal tapi tiada iman, menjadi penyebab utama akal tewas dengan nafsu lantas menguasai hati.
Dan kesannya,tiada lagi kewarasan dalam bercinta.
Hati yang suci murni tidak mengira untuk siapa
Hanya matlamat budi yang utama.
Kita tidak mencari cinta yang buta tapi kita mencari hati yang suci dan kebahagiaan yang hakiki.
projek khidmat masyarakat
ceritera hari ini....
hari ini...ada orang suke, happy, gembira...
ada pulak org yang kecewa, sedih dan berduka...
setiap orang ade sejarah mereka sendiri
hari ini, kita tak tau apa yang org lain buat, hingga tercipta sejarah untuk dirinya..
tapi aku tau... sejarah yang aku lakarkan untuk hari ini...
sudah semestinya sesuatu yang tidak ingin aku ingati..
aku tau... semakin kuat dugaan yang di hadapi semakin mematang kan kita..
tapi semakin hari semakin aku takut nak berdepan dengan hari-hari yang mendatang
nk minta pendapat kawan2, adakala membantu, adakalnya langsung xblh pakai..
nk bercakap masalah sendiri dgn kawan2 pun aku dah xyakin...
nanti kecoh satu sekolah...
org keliling kita ni, xleh dipercayai..
maaf la ckp camtu.. sbb aku dah kena..
huhuhuhu....sedih sangat..
harini,
dia balik kampung, kat jeniang kedah katanya
ermmm... kadang2 aku xphm
apa yg dia nak
apa yg leh puaskan ati dia
adakalanya bertentangan ngan kehendak aku
xkan nak ikut jugak..
sesekali xpe la
kalau selalu camne??
payah jge kan
tapi sedih sgt arini
kadang2 rasa xberbaloi rindu kat org yg lom tentu ingat kat kita
camne ek nak duga hati org....
kalau boleh.. xnak sedih2 lagi
sbb dah penat la nangis sbb org lain..
sian mata aku ni...
lain kali jgn sedih2 ye mata...
sebenarnye.. mata aku ni cantik, kalau nangis jadi xcantik kan???
heheheh
sape nak puji kalau bkn diri sendiri..
aku harap aku xberseorangan menghadapi hidup ini..
aku tau DIA sentiasa ada memerhatikan aku..
Saturday, August 22, 2009
Friday, August 21, 2009
Ketenangan Jiwa
Ketenangan jiwa membawa erti seseorang itu aman dan tenteram, tidak gelisah, tidak runsing, lapang fikiran, tidak diganggui, mantap, stabil, berasa lega, tidak risau dan gundah.
Seorang yang mempunyai jiwa yang tenang ia akan menjadi manusia yang selesa hidupnya, bahkan keadaan dirinya. Tidak runsing apabila hatinya tidak terganggu, ia akan dapat membuat kerja dengan baik dan teratur, samada kerja-kerja itu berbentuk tugasan harian ditempat kerja ataupun kerja-kerja dirumahnya atau amalan ibadat yang dilaksanakan setiap hari.
Sebaliknya bagi orang yang mengikut hawa nafsu mereka mencari ketenangan melalui proses yang salah yang tidak direstui oleh syarak seperti minum-minuman yang memabukkan, menghidu gam, menghisap dadah, berseronok dengan wanita-wanita yang bukan isterinya, kesan dari perbuatan itu, mereka dapati kehidupan yang tidak selesa sentiasa dihantui dengan perasaan bersalah, hal yang demikian menyulitkan lagi keadaan yang sedia ada.
Sesungguhnya untuk mencapai ke arah jiwa yang tenang, ia bukan suatu yang mudah dan bukan pula suatu yang mustahil. Untuk mendapatkannya ia perlu diusaha, dilatih bersungguh-sungguh secara berterusan dan aktif setiap hari melalui proses bimbingan dan panduan ke atas diri individu seperti membina sikap positif, sebagai contoh ” bertafakur “, seseorang memerlukan suasana yang tenang dan sunyi. Fikiran dikosongkan daripada peristiwa hidup. Sentiasa mengingati kuasa Tuhan. Tubuh badan berasa santai dan rehat secara fizikal dan emosional. Insya Allah jika diusahakan akan berjaya. Selain dari pegangan dan amalan agama boleh membantu individu mendapatkan ketenangan. Agama memberi kekuatan iman dan keteguhan jiwa dengan adanya kepercayaan kepada kuasa dan pertolongan Tuhan. Dalam Islam sembahyang lima waktu dan sembahyang sunat boleh melegakan fikiran serta memberi harapan kepada individu berkenaan. Wirid, berzikir, membaca Al-Quran boleh membantu menenangkan hati. Nikmat yang dapat dirasai melalui perkara-perkara tersebut ialah ketenangan batin dan ketenteraman jiwa. Pengalaman rohaniah ini membina kekuatan iman. Zikir mengajar individu supaya bertaqwa kepada Tuhan.
Firman Allah dalam surah Ar-Ra’du ayat 28
Maksudnya : ” Orang-orang yang beriman menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu tenteramlah hati. “
Sebenarnya hati orang-orang yang beriman itu senang dan tenteram kerana selalu mengingati Allah diwaktu ditimpa malapetaka. Mereka ingat kepada Allah dan cepat insaf dan memeriksa kekhilafannya agar dapat diubahnya dimasa akan datang. Oleh sebab itu hilanglah dukacitanya berganti dengan gembira dan mengharapkan kurniaan Allah. Begitu juga jika mereka mendapat anugerah (nikmat), mereka tidak sombong, malahan mengucapkan terima kasih kepada Allah. Sebab itu hati orang-orang yang beriman itu senang dan tenteram baik diwaktu susah ataupun gembira. Kesenangan hati itu ialah kebahagiaan yang sebenarnya. Sebab itu dalam Islam amat dipentingkan sekali menegakkan sembahyang lima kali sehari semalam kerana dalam sembahyang itulah kita mengingati Allah dan membersihkan jiwa. Nabi mengatakan bahawa sembahyang itu tempat ketenangan jiwanya dan kesenangan hatinya. Oleh yang demikian senanglah hati menghadapi segala kemungkinan dan kesulitan dalam masyarakat hidup di dunia ini. Firman Allah dalam surah Al-Fajr ayat 27-30 yang bermaksud :
” Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuasa hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (disisi Tuhanmu), serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambakuĂ‚ yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurgaku. “
Fadhilat Solat Terawih
Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 - Allah S.W.T tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah S.W.T binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah S.W.T kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah S.W.T kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah S.W.T beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."
dugaan hidup
aku ni xpandai nk mengayat
aku bukan seorang yang suke tulis diari.
huhuhuh....
baru 7bln kat sekolah, dah ade crite kurang enak utk didengar
ble org bgtau aku, aku xckp pun pada org yang dikata,
tapi ble aku ckp skit je... cepat je semuanya sampai
knp ek??
sbb aku ske bercakap kot, bising..
then betul mak ckp, ble kita byk ckp, org akan kata kita mulut jahat,
tak palah
setiap kejadian ade hikmahnye
